Minggu, 22 April 2012

sifat aura

semeemangnya setiap ciptaan Tuhan itu tidak sia-sia, kesemuanya mempunyai hikmah secara tersirat dan tersurat, kesemuanya mempunyai jawapan pada segala sudut, kesemuanya amat unik dan cantik. Warna juga adalah salah satu dari jutaan 'ciptaan' yang diciptakan oleh Tuhan.Apakah yang dimaksudkan dengan WARNA?
Warna ialah sifat cahaya yang ditentukan oleh panjang gelombang (atau oleh kandungannya sebagai paduan untuk beberapa panjang gelombang). Julat panjang gelombang nampak untuk cahaya dikenali sebagai spektrum nampak , atau dengan mudah sahaja sebagai spektrum. Sains warna juga dipanggil sebagai kromatik; termasuk persepsi warna oleh mata dan otak manusia, asal warna dalam bahan-bahan, teori warna dalam bidang seni, serta fizik sinaran elektromagnet dalam julat nampak (iaitu, apa yang kita biasa merujuk dengan mudah sebagai cahaya).

(Apabila melibatkan warna, sudah tentulah ianya akan melibatkan perserpsi penglihatan dan artikel ini cuma akan berkongsi perihal warna sahaja)
Warna terdapat dimerata tempat di seluruh alam ini. Secara umumnya warna berfungsi untuk 'memberitahu' atau 'menceritakan' sesuatu seperti jika seseorang itu sedang marah maka wajahnya akan berubah menjadi merah (walaupun tidak seperti warna merah ini). Pendek kata, warna memainkan banyak peranan pada kehidupan manusia.
Begitu juga halnya dengan warna yang terdapat pada buah-buahan dan sayuran. Ianya bukan sekadar mencantikan buahan tersebut, malah ianya juga mempunyai cerita disebalik. Di dalam ilmu Bio-Energi Manusia, terdapat 7 chakra (pusat energi) yang diwakili oleh warna

Tidak ada komentar:

Posting Komentar